Sunday, October 25, 2015

Sriwijaya Air tamatkan laluan Medan - Kuala Terengganu

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Sriwijaya Air dengan kerjasama You Wings Airlines yang berpangkalan di Ipoh, Perak telah menamatkan laluan Medan - Kuala Terengganu atas faktor-faktor komersial. 

Berdasarkan semakan melalui laman sesawang You Wings Airlines (www.youwings.com), mendapati bahawa hanya laluan Medan - Ipoh yang masih tinggal, manakala laluan Medan - Alor Setar yang pernah dirancang untuk bermula pada 27 Ogos lepas juga tidak berjaya untuk direalisasikan. 

Perkhidmatan penerbangan antarabangsa ini menggunakan pesawat milik Sriwijaya Air dan You Wings Airlines berperanan sebagai  agen yang menjual tiket di negara ini bagi pihak Sriwijaya Air.

Perkhidmatan penerbangan terus ini pada asalnya ditawarkan dengan kekerapan tiga kali seminggu, kemudian dikurangkan kepada dua kali seminggu, dan terakhir sekali dikurangkan kepada dua kali sebulan. 

Faktor permintaan yang terlalu kurang merupakan faktor utama yang menyebabkan laluan ini terpaksa ditamatkan lebih-lebih lagi syarikat penerbangan perlu mengawal kos operasi untuk mencatatkan keuntungan. 

No comments:

Post a Comment