Laluan penerbangan sulung FY2291 dari Kota Bharu ke Pulau Langkawi pada 27 Oktober 2015. Sumber: www.flightradar24.com |
LANGKAWI: Syarikat penerbangan Firefly secara rasmi telah melancarkan perhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Pulau Langkawi pada Selasa lepas.
Penerbangan FY2291 dari Kota Bharu ke Pulau Langkawi telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 11:56 dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 12:52, manakala penerbangan FY2290 dari Pulau Langkawi ke Kota Bharu telah berlepas pada jam 13:46 dan telah selamat mendarat di LTSIP pada jam 14:35.
Penerbangan sulung dari Kota Bharu ke Pulau Langkawi membawa 53 penumpang dewasa dan dua orang bayi mengambil masa kira-kira 60 minit sahaja, manakala penerbangan sulung dari Pulau Langkawi ke Kota Bharu membawa lebih 40 orang penumpang.
Penumpang dari Kota Bharu yang tiba di LIA telah disambut oleh YAB Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir (Menteri Besar Kedah), Ignitius Ong (Ketua Pegawai Eksekutif FlyFirefly Sdn. Bhd.), dan kenamaan lain dengan sambutan keraian yang meriah.
Perkhidmatan penerbangan terus ini dijangka dapat merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Kelantan dan Kedah 2016 yang hanya tinggal kira-kira dua bulan sahaja lagi.
Penerbangan terus dengan menggunakan pesawat jenis ATR72 dengan kapasiti 72 tempat duduk ini ditawarkan dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my.
Sumber: Kota Bharu Airport Blog | www.kotabharuairport.blogspot.my

No comments:
Post a Comment