Tuesday, April 4, 2017

Sempena ulang tahun ke-10, Firefly tawar tambang murah

Promosi tambang istimewa sempena ulang tahun ke-10 Firefly. Sumber: Firefly Airlines
SYARIKAT penerbangan FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly) menyambut ulang tahun ke-10 operasi komersialnya pada 3 April 2017 (Isnin) dengan penerbangan pertama yang pernah mereka tawarkan adalah dari Pulau Pinang ke Kota Bharu pada 3 April 2007.

Kini, Firefly beroperasi dengan 12 buah pesawat jenis ATR72-500 yang boleh membawa sehingga 72 penumpang dalam satu-satu masa dan terbang ke 12 bandar raya atau destinasi di Malaysia, Singapura, wilayah Aceh (Sumatera, Indonesia), dan wilayah Phuket (selatan Thailand). 

12 destinasi tersebut ialah Subang (Kuala Lumpur), Pulau Pinang (George Town), Kota Bharu, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Alor Setar, Pulau Langkawi, Ipoh, Singapura, Banda Aceh, dan Phuket. 

Syarikat penerbangan milik penuh penuh rakyat Malaysia ini beroperasi dari dua buah hab, iaitu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (LTSAAS) di Subang, Selangor bagi Wilayah Tengah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) di Pulau Pinang bagi Wilayah Utara.

Terdapat tujuh destinasi penerbangan ditawarkan dari habnya di LTSAAS, iaitu Pulau Pinang, Kota Bharu, Singapura, Johor Bahru, Alor Setar, Kuala Terengganu, dan Pulau Langkawi, manakala lima destinasi ditawarkan dari Pulau Pinang, iaitu Subang, Kota Bharu, Pulau Langkawi, Banda Aceh, dan Phuket. 

Sempena ulang tahun ke-10 ini, Firefly menawarkan promosi tambang istimewa serendah RM99.00 sehala untuk semua laluan domestiknya dari sekarang sehingga 9 April 2017 untuk penerbangan dari sekarang sehingga 24 Mac 2018.

Syarikat penerbangan Firefly merupakan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang berbeza dengan syarikat penerbangan tambang murah seperti AirAsia yang menawarkan tambang murah untuk tempat duduk sahaja tetapi anda perlu membayar lebih untuk elaun bagasi, makanan dan minuman, dan sebagainya. Sebaliknya, kadar tambang yang ditawarkan Firefly atau syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang lain mungkin lebih tinggi sedikit daripada yang ditawarkan syarikat penerbangan tambang murah tetapi elaun bagasi, makanan dan minuman diberikan secara percuma.

Untuk maklumat lanjut dan tempatahan tiket, sila layari laman sesawang rasmi Firefly melalui www.fireflyz.com.my. Firefly, Bukan Sekadar Mudah (Beyond Convenience)!

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com | 4 April 2017

No comments:

Post a Comment