Saturday, September 22, 2018

MAHB setuju turunkan kadar caj PSC di Lapangan Terbang Melaka

BANDAR RAYA MELAKA: Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) akan menurunkan caj perkhidmatan Penumpang (PSC) bagi syarikat-syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Melaka (LTAM) bermula Oktober depan.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata, perubahan kadar baharu itu merupakan insentif yang diperkenalkan MAHB kepada syarikat pengendali penerbangan selama lima tahun melibatkan penerbangan Asia Tenggara dan antarabangsa.

Menurutnya, penurunan itu membolehkan penumpang menikmati rebat RM50 bagi penerbangan bukan Asia dan RM20 bagi penerbangan Asia selain laluan domestik kekal RM11.

"Kita telah berunding dengan pengendali lapangan terbang MAHB yang bersetuju untuk memberi insentif itu yang mana sebelum ini caj perkhidmatan penumpang antarabangsa dari RM73 tapi diberikan rebat RM50, manakala dari RM35 diberikan rebat RM20 yang mana penumpang dikenakan caj baharu iaitu RM23 dan RM15 mengikut laluan.

"Ini adalah berita gembira selain itu LTAM turut menerima pengecualian caj pendaratan selama setahun," katanya.

Adly berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media Exco Di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, tadi.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata kerajaan negeri sedang merancang pembinaan hospital universiti yang akan menjadi pemacu peningkatan fasiliti dan kemudahan awam di negeri ini.

"Malah cadangan pembangunan itu dijangka dapat mengurangkan kesesakan di hospital awam sebanyak 20 peratus," katanya.


Sumber: Sinar Harian | 20 September 2018

No comments:

Post a Comment