KUALA LUMPUR: Sebanyak 90.2 peratus warga MAS telah menerima tawaran untuk menyertai Malaysia Airlines Berhad (MAB), dengan hanya 0.8 peratus menolaknya pada 12 Jun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Christoph Mueller.
Dalam surat pekelilingnya kepada semua kakitangan semalam, Mueller berkata, pihaknya juga melanjutkan tarikh akhir untuk menyerahkan kembali surat tawaran daripada 10 peratus lagi kakitangan sehingga 19 Jun ini.
“Ini adalah untuk memberi peluang kepada kakitangan yang berada di luar negara atau sedang bercuti sakit untuk memberi jawapan mereka,’’ katanya.
Menurut Mueller, sebahagian daripada fasa peralihan termasuk perpindahan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Julai ini.
“Kami juga sedang menguruskan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik dari pelbagai tempat mengambil bagi memudahkan akses ke Bangunan Pentadbiran, South Support Zone, KLIA.
“Untuk beberapa minggu yang akan datang, kami akan berhubung dengan anda bagi menentukan pilihan terbaik. Kami akan terus menyampaikan maklumat terkini dalam masa terdekat. Di samping itu, kakitangan yang menyertai NewCo dan berpangkalan di Lembah Klang (KL Sentral, Malaysia Airlines Academy (MAA), Kelana Jaya dan Subang) dan dikehendaki berpindah ke KLIA, akan menerima bantuan penempatan semula sekali-sahaja sebanyak RM3,000 daripada MAB,” katanya.
Dalam pada itu Mueller turut mengingatkan kakitangannya untuk terus mendukung sikap profesionalisme terhadap tugas masing-masing.
“Saya meminta anda untuk terus mendukung sikap profesionalisme terhadap tugas anda di MAS, tanpa mengira keputusan atau rancangan anda yang seterusnya.
“Teruskan menjadi duta jenama MAS yang terbaik kerana tetamu mengharapkan kita. Itulah sebabnya mereka memilih untuk terbang bersama kita,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Bisnes | 16 Jun 2015 | Terbitan 17 Jun 2015
No comments:
Post a Comment