Saturday, June 6, 2015

Malindo Air tambah kekerapan penerbangan laluan KL - KB mulai 14 Julai

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) akan menambah kekerapan penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu daripada sekali sehari kepada dua kali sehari mulai 14 Julai ini. 

Penerbangan OD2304 dari Terminal KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadualkan berlepas pada jam 16:00 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu  (LTSIP) pada jam 17:00, manakala penerbangan OD2303 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 17:50 dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 18:50.

Perkhidmatan penerbangan pada lewat petang ini dijangka akan mendapat sambutan daripada orang ramai, selain perkhidmatan penerbangan pada awal pagi yang diperkenalkan sejak hujung tahun lepas.  

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.malindoair.com

No comments:

Post a Comment