Thursday, November 12, 2015

Firefly diminta perkenal laluan Kota Bharu - Melaka

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Firefly melalui hab sekundernya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) diminta memperkenalkan laluan Kota Bharu - Melaka dengan kekerapan tiga kali seminggu. 

Penerbangan tiga kali seminggu paling sesuai ditawarkan pada hari Selasa, Khamis, dan Sabtu berbanding penerbangan harian yang pernah ditawarkan syarikat penerbangan Malindo Air sebelum ini. 

Perjalanan dengan bas ekspres dari Kota Bharu ke Bandar Raya Melaka dan sebaliknya mengambil masa kira-kira 10 jam berbanding hanya sejam lebih dengan pengangkutan udara. 

Penerbangan pada sebelah tengah hari atau lewat petang merupakan jadual penerbangan yang paling sesuai bagi laluan ini dengan mengambil kira penduduk Terengganu dan Narathiwat di Selatan Thailand yang turut dapat memanfaatkan perkhidmatan penerbangan terus ini. 

Pembukaan laluan ini kelak pastinya akan dapat mengukuhkan hab sekunder Firefly di LTSIP sekali gus mengukuhkan kedudukan LTSIP sebagai hab penerbangan utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). 

Selain laluan Kota Bharu - Melaka, Firefly juga boleh menawarkan beberapa lagi laluan dari Melaka seperti Melaka - Ipoh dan Melaka - Pulau Pinang bagi menyokong operasi Firefly dari Lapangan Terbang Melaka (LTM). 

Sumber: Blog Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my 

No comments:

Post a Comment