Wednesday, November 11, 2015

LTSIP dihubungkan dengan kesemua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu 
PEMBUKAAN laluan Kota Bharu – Pulau Langkawi oleh syarikat penerbangan Firefly pada 27 Oktober lalu telah menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) sebagai sebuah lapangan terbang yang mempunyai rangkaian laluan penerbangan dengan kesemua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia. 

Terdapat enam buah lapangan terbang antarabangsa di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor Bahru (SIA), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA). 

Selain LTSIP, lapangan terbang lain di Malaysia yang mempunyai rangkaian laluan penerbangan dengan kesemua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia ialah KLIA dan PIA. 

Malaysia Airlines dan Malindo Air menawarkan perkhidmatan dari LTSIP ke KLIA, manakala AirAsia bukan sahaja menawarkan perkhidmatan dari LTSIP ke KLIA tetapi juga KKIA dan KIA. Firefly pula menawarkan perkhidmatan dari LTSIP ke PIA, SIA, dan LIA.

Sumber: Kota Bharu Airport Blog | www.kotabharuairport.blogspot.my

No comments:

Post a Comment