Sistem Kereta Kabel Langkawi di Gunung Mat Chinchang. |
PULAU LANGKAWI atau ringkasnya Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Sabah, dan Sarawak.
Dataran Lang |
Pulau yang berstatus bebas cukai sejak 1987 ini juga merupakan pulau syurga beli-belah yang terkenal dengan aneka jenis coklat, produk tembakau, dan perkakasan dapur seperti periuk, pinggan-mangkuk, dan sebagainya.
Kunjungan anda ke pulau legenda ini tidak akan sah jika tidak berkunjung ke Makam Mahsuri, Gunung Mat Chinchang (menaiki Kereta Kabel Langkawi), Dataran Lang, Pantai Chenang, dan Underwater World Langkawi.
Underwater World Langkawi |
Dalam pada itu, perkhidmatan sewaan motosikal juga ada disediakan di sekitar pekan Kuah dan kawasan-kawasan tumpuan pelancong yang lain. Untuk menerokai Langkawi dengan motosikal, informasi daripada blog ini mungkin boleh membantu anda:- http://jheffyazid.blogspot.my/2014/08/pulau-langkawimengimbau-zaman-study-dulu.html, manakala untuk tawaran pakej jalan-jalan secara perkongsian, sila layari laman sesawang http://www.langkawi-online.com/pages/optional-tours.php.
Kemudahan penginapan: Terdapat banyak kemudahan penginapan di pulau legenda ini daripada inap desa (homestay) sehinggalah kepada hotel bertaraf antarabangsa. Tempahan bilik hotel boleh dibuat secara terus dengan hotel berkenaan atau anda juga boleh mencari hotel-hotel yang bersesuaian dengan bajet anda melalui laman sesawang www.agoda.com.my dan juga beberapa lagi laman sesawang tempahan hotel yang popular.
Kemudahan penginapan: Terdapat banyak kemudahan penginapan di pulau legenda ini daripada inap desa (homestay) sehinggalah kepada hotel bertaraf antarabangsa. Tempahan bilik hotel boleh dibuat secara terus dengan hotel berkenaan atau anda juga boleh mencari hotel-hotel yang bersesuaian dengan bajet anda melalui laman sesawang www.agoda.com.my dan juga beberapa lagi laman sesawang tempahan hotel yang popular.
Makam Mahsuri yang terletak di Kg. Mawat, Mukim Ulu Melaka, iaitu kira-kira 12 kilometer dari pekan Kuah.
|
CARA KE SANA
Penerbangan Firefly menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Pulau Langkawi dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap Selasa, Khamis, dan Sabtu. Penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira 60 minit sahaja. Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my.
Parkir kereta dan penginapan di LTSIP: Penumpang dari Kelantan Selatan, Terengganu, dan wilayah-wilayah di Selatan Thailand yang mengambil penerbangan dari Kota Bharu ke Langkawi dan destinasi lain dari Kota Bharu bolehlah memakir kenderaan anda di medan parkir kereta di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) untuk beberapa hari. Kemudahan penginapan sekitar lapangan terbang ini juga ada disediakan. Antaranya ialah Hotel Golden Terminal Lodge yang terletak di hadapan bangunan terminal.
Info lanjut: Untuk maklumat lanjut tentang tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi, sila layari laman sesawang www.naturallylangkawi.my.
Sumber: Blog Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my
Sumber: Blog Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my
No comments:
Post a Comment