Sunday, November 22, 2015

Projek naik taraf bangunan terminal LTSAH hampir siap

Wajah baharu bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan (lTSAH). Foto ihsan: Facebook Kuantan Development News
KUANTAN: Projek naik taraf dan pembesaran bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan (LTSAH) telah hampir siap. 

Menurut pentadbir laman Facebook Kuantan Development News, pada ketika ini kerja-kerja dalaman dan kemasan akhir sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan depan (Disember 2015). 

Projek naik taraf yang dibahagikan kepada dua fasa ini melibatkan kos kira-kira RM20 juta. Fasa pertama telah berjaya disiapkan pada hujung tahun lepas. 

LTSAH merupakan lapangan terbang ketiga terpenting di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) selepas Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. 

Setakat ini, hanya dua buah syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSAH, iaitu Malaysia Airlines (MAB) dan Firefly yang menawarkan perkhidmatan bagi laluan Kuantan - Kuala Lumpur (KUA-KUL), Kuantan - Singapura (KUA-SIN), dan Kuantan - Pulau Pinang (KUA-PEN). 

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my 

No comments:

Post a Comment