Saturday, November 21, 2015

Malindo Air gantung laluan KL - KB berkuat kuasa 23 Nov 2015

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Malindo Air akan menggantung laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu (KUL-KBR) berkuat kuasa 23 November 2015 ini. 

Perkhidmatan penerbangan terus sektor Kuala Lumpur - Kota Bharu yang diperkenalkan sejak setahun yang lalu ini menggunakan pesawat jenis B737-800 dengan perkhidmatan penerbangan pada awal pagi. 

Dari 14 Julai 2015 sehingga 30 September 2015 pula, Malindo Air menambah kekerapan bagi laluan ini kepada dua kali sehari sebelum dikurangkan semula kepada sekali sehari mulai Oktober lepas. 

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sumber industri penerbangan, Malindo Air terpaksa menggantung sementara laluan ini ekoran masalah kekurangan pesawat lebih-lebih lagi Malindo Air kini lebih memberi tumpuan kepada pengembangan laluan antarabangsa ke India, Australia, Hong Kong, dan Vietnam. 

Walau bagaimanapun, Malindo Air dijangka memperkenalkan semula laluan ini apabila mereka mempunyai angkatan pesawat jenis jet yang mencukupi untuk pasaran domestik dan antarabangsa. 

Selain itu, Malindo Air masih mengekalkan laluan Subang Kuala Lumpur - Kota Bharu (SZB-KBR) dengan kekerapan tujuh kali sehari. 

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.my 

No comments:

Post a Comment