Monday, August 8, 2016

MAHB naik taraf LTSIP


Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali.
KOTA BHARU: Kerajaan Pusat dijangka mengumumkan peruntukan bagi menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSIP), di sini dalam Bajet 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Oktober ini. 

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali, berkata kira-kira RM500 juta diperlukan bagi menaiktaraf lapangan terbang berkenaan yang mengendalikan lebih dua juta penumpang setahun. 

Katanya, selepas LTSIP dinaik taraf, ia dijangka dapat mengendalikan sehingga empat juta penumpang setahun. 

"Sepatutnya LTSIP hanya mengendalikan 1.5 juta penumpang setahun, tapi sekarang hampir dua juta menerusi hampir 70 pesawat yang berlepas dan mendarat setiap hari," katanya kepada pemberita pada Program Sokongan Usahawan Desa (PSUD), di sini hari ini. 

Badlisham berkata, peruntukan berkenaan dijangka digunakan untuk menaiktaraf terminal penumpang serta menambah tempat letak kapal terbang daripada enam petak sedia ada kepada 12.

Beliau tidak menolak kemungkinan LTSIP dinaik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa jika permintaan daripada penumpang serta jumlah pelancong ke negeri ini terus meningkat.

Sumber: Berita Harian | Wilayah Timur | 3 Ogos 2016

No comments:

Post a Comment