Aireen (dua dari kiri) dan Mohd Amar (lima dari kanan) menerima replika ketibaan penerbangan sulung Kota Kinabalu - Kota Bharu daripada krew kabin AirAsia yang terlibat. |
KOTA BHARU: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad
melebarkan sayapnya dengan pelancaran penerbangan domestik terus dari
Kota Bharu ke Kota Kinabalu, bermula semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, penerbangan terus itu melibatkan kekerapan tiga kali seminggu iaitu Selasa, Khamis dan Sabtu.
“Laluan baharu ini memberi banyak manfaat kepada rakyat Kelantan. Selain membantu memudahkan perjalanan anak Kelantan yang tinggal di Sabah, ia juga merancakkan ekonomi negeri ini.
“Kita merancang menjadikan Kota Bharu sebagai hab wilayah bagi menghubungkan Malaysia dengan negara lain seperti Australia, China dan Indonesia kerana jarak lebih dekat pada masa akan datang,” katanya kepada media pada Majlis Sambutan Penerbangan Sulung AK5345 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.
Penerbangan sulung itu turut disertai Pengerusi Sabah Tourism Board, Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahmood bersama wakil media Sabah.
Hadir merasmikan majlis, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Budaya dan Warisan, Datuk Mejar (B) Anizam Abdul Rahman dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Nor Aida Ismail.
Aireen berkata, data terkumpul Julai 2012 sehingga Jun 2013 menunjukkan kira-kira 15,000 pelancong Sabah menggunakan perkhidmatan AirAsia untuk transit ke Kota Bharu.
Menurutnya, ia menunjukkan permintaan terhadap laluan itu meningkat, sekali gus membantu mengembangkan pelbagai sektor utama kedua-dua negeri.
Sementara itu, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan usaha AirAsia, seiring dengan fokus kerajaan negeri meningkatkan ekonomi rakyat. “Ia juga memberi manfaat kepada hubungan baik kedua-dua negeri dalam pelbagai sektor utama,” katanya.
Sempena pengenalan penerbangan sulung laluan itu, AirAsia menawarkan promosi istimewa penerbangan dengan tambang bermula daripada RM106 sehala yang boleh ditempah dari sekarang sehingga 24 November depan untuk perjalanan bermula 1 Disember hingga 30 April 2014.

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 17 Nov. 2013
No comments:
Post a Comment