Anggota kerja Firefy menunjukkan majalah di dalam pesawat untuk syarikat penerbangan itu yang dilancarkan pada 31 Oktober 2013 lepas. |
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata, syarikat itu kini berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran peningkatan itu.
"Peningkatan sasaran ini didorong pelbagai aktiviti syarikat, usaha penjenamaan serta harga tiket penerbangan berpatutan.
“Penambahan papan iklan dan peningkatan kekerapan penerbangan di laluan sedia ada berjaya menambah jumlah penumpang,” katanya selepas pelancaran majalah dalam pesawat Firefly di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, Firefly juga akan membuka beberapa laluan baru dalam tempoh enam bulan akan datang dan syarikat itu sedang menunggu penghantaran pesawat kedua ATR 72-600, dijangka tiba bulan depan.
Sementara itu, majalah dalam pesawat dinamakan Fireflyz itu akan diterbitkan secara bulanan bermula bulan ini serta dijangka akan menarik seramai 200,000 pembaca bagi setiap isu.
Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 3 Nov. 2013
No comments:
Post a Comment