SYARIKAT penerbangan komuniti Firefly Sdn Bhd (Firefly)
mengumumkan penerbangan terus dari Kota Bharu, Kelantan ke Bangkok,
Thailand akan dibuka untuk jualan melalui semua rangkaiannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata, perkhidmatan ke laluan baharu itu menunjukkan pertumbuhan ketara Firefly dalam industri penerbangan negara.
"Selain pelancong domestik, kami juga menyasarkan pelancong dari Bangkok yang berminat untuk melawat Kota Bharu dan bahagian lain di utara Semenanjung Malaysia," katanya melalui satu kenyataan, semalam.
Penerbangan bagi laluan antara Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang itu akan bermula pada 24 Januari 2014 dengan kekerapan empat kali penerbangan seminggu.

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 27 Nov. 2013
No comments:
Post a Comment