KOTA BHARU: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd
memperkenalkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kota Bharu dalam
usaha syarikat merancakkan pergerakan pelancongan domestik melibatkan
negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar, berkata setakat ini AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi tiga kali seminggu bagi penerbangan terus yang menghubungkan kedua-dua negeri, dan merupakan destinasi domestik kelapan dari Kota Kinabalu.

"Mengikut data yang kami kumpul pada Julai 2012 sehingga Jun 2013,
seramai 15,000 pelancong dari Sabah yang menggunakan perkhidmatan
AirAsia, melakukan transit di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT)
Sepang sebelum ke Kota Bharu.
"Ini menunjukkan permintaan yang tinggi dan laluan terus ini
sekali gus bakal merancakkan industri pelancongan antara kedua-dua buah
negeri," katanya pada majlis sambutan penerbangan sulung syarikat
tersebut dari Kota Kinabalu ke Kota Bharu di Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Budaya dan Warisan Datuk Anizam Abdul Rahman serta Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Nor Aida Ismail.
Selain itu, seramai 20 peserta yang terdiri daripada wakil media dan agensi pelancongan Sabah diberi peluang menaiki penerbangan sulung berkenaan, akan menyertai lawatan suai kenal selama tiga hari berkaitan produk-produk pelancongan yang terdapat di Kelantan anjuran Pejabat Pelancongan Kelantan dan Persatuan Ejen-ejan Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Kelantan.
Sempena sambutan penerbangan sulung tersebut juga, AirAsia menawarkan promosi istimewa penerbangan laluan ini dengan tambang termasuk semua, bermula daripada RM106 sehala yang boleh ditempah dari sekarang sehingga 24 November depan untuk perjalanan bermula 1 Disember hingga 30 April 2014.

Aireen berkata pihaknya juga merancang untuk menjadikan Kota Bharu sebagai hab wilayah bagi menghubungkan Malaysia dengan negara Australia, China dan Indonesia kerana jarak yang lebih dekat berbanding menggunakan perkhidmatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber: BERNAMA | 16 Nov. 2013
No comments:
Post a Comment