Wednesday, May 21, 2014

AirAsia gantung laluan Miri – Kuala Terengganu mulai 1 Jun 2014

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan menggantung penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan Miri – Terengganu dari 1 Jun atas sebab-sebab komersial

AirAsia, bagaimanapun, berkata ia akan menawarkan kepada penumpang dengan tempahan selepas tarikh tersebut sebagai pilihan untuk menukar penerbangan mereka kepada tarikh lebih awal tanpa sebarang bayaran tambahan dikenakan dan tertakluk kepada ketersediaan, kredit 'shell' bagi nilai dibayar dalam tempoh 180 hari sah laku atau bayaran balik sepenuhnya.

Penumpang akan dimaklumkan sama ada melalui akaun emel ahli berdaftar, khidmat pesanan ringkas atau panggilan telefon, menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan. 

Mereka dinasihatkan menyimpan alamat emel dan nombor telefon bimbit mereka dengan awalan kod negara yang dikemaskini dalam profail ahli AirAsia untuk memudahkan dihubungi, katanya. 

Sebarang pertanyaan, penumpang boleh menghubungi pasukan Customer Care AirAsia di twitter.com/AskAirAsia. 

Sumber: Bernama | 21 Mei 2014

Nota kaki: Syarikat penerbangan AirAsia telah memulakan perkhidmatan bagi laluan Miri (MYY) - Kuala Terengganu (TGG) ini pada 20 Mac 2014 (Khamis) dan nampaknya hanya mampu bertahan selama kira-kira dua bulan 10 hari sahaja, manakala penerbangan terakhir dijadualkan pada 31 Mei 2014 (Sabtu). 

No comments:

Post a Comment