Sunday, November 27, 2016

KLIA 2: Hab Penerbangan Tambang Rendah No. 1 Asia

SYARIKAT penerbangan AirAsia dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah melancarkan kempen untuk meletakkan Terminal KLIA 2 (KLIA 2) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai "Hab Penerbangan Tambang Rendah No. 1 Asia" (Asia's No. 1 Low Cost Carrier Hub). 

Kempen ini telah bermula sejak pertengahan Oktober lepas dan AirAsia juga telah memasukkan elemen kempen ini di dalam semua pengumuman pendaratan pesawat di KLIA dengan mengumumkan bahawa KLIA 2 adalah hab penerbangan tambang rendah nombor satu Asia.

AsiaAsia sebagai penyewa utama terminal ini berusaha mempromosikan KLIA 2 sebagai hab penerbangan tambang rendah yang menjadi pusat sehenti ke serata Asia, iaitu melibatkan lebih 120 destinasi domestik dan antarabangsa.

Ia merupakan satu kempen yang bukan hanya untuk mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai hab penerbangan tambang rendah utama di rantau Asia tetapi juga untuk menarik lebih ramai pengembara dari serata dunia menggunakan KLIA sebagai hab transit utama untuk ke destinasi-destinasi lain di seluruh Asia.

KLIA 2 merupakan terminal penumpang hibrid yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Landasan Ketiga (Landasan No. 15/33), perkhidmatan kereta api Express Rail Link (Ekspres KLIA dan KLIA Transit), pusat beli-belah, terminal pengangkutan bersepadu, dan juga hotel. Terminal serba moden ini mampu menampung kapasiti sehingga 45 juta penumpang setahun.

Selain AirAsia (Malaysia), syarikat penerbangan lain yang turut beroperasi di KLIA 2 ialah AirAsia X, Indonesia AirAsia, Philippines AirAsia, Thai AirAsia, Cebu Pacific, Jetstar Asia Airways, Mega Maldives, dan Tigerair,

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

No comments:

Post a Comment