Wednesday, December 30, 2009

23-08-2005: Zahid cadang LTSIP dinaik taraf

ARKIB : 23/08/2005
Zahid cadang LTSIP dinaik taraf

KOTA BHARU 22 Ogos - Kementerian Pelancongan akan mengemukakan cadangan rasmi kepada kerajaan supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa.

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut perlu kerana pihaknya sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri mempromosikan Kelantan sebagai destinasi baru pelancong Asia Barat.

Katanya, kemasukan pelancong dari Singapura dan Australia juga dijangka meningkat berikutan promosi tiga tempat utama di negeri ini iaitu Air Terjun Gunung Stong, kawasan perkelahan Lata Rek dan Gua Ikan di Kuala Krai, di kedua-dua negara itu.

``Kita akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan bagi membolehkan syarikat penerbangan antarabangsa diberikan hak untuk mendarat di LTSIP,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Konvoi Bermotosikal Berkuasa Tinggi Jelajah Malaysia Sempena Bulan Kemerdekaan 2005 di Gelanggang Seni di sini hari ini.

SOURCE (Sumber): Utusan Malaysia (Ekonomi): 23-08-2005

No comments:

Post a Comment