KOTA BHARU: Lebih 1,000 penumpang terkandas melibatkan lima penerbangan masuk dan lima penerbangan keluar dari Lapangan Tebang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini selepas kabus tebal melanda awal pagi tadi.
Pengurus Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Malaysia Airport Berhad, Ramzi Ahmad berkata, antara pesawat yang terlibat adalah empat daripada Firefly, dua Malindo Air, dua dari AirAsia dan dua dari Malaysia Airlines.
“Keadaan kabus tebal tersebut menyebabkan dua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), satu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan dua dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang berpatah balik. Namun, Alhamdulilah selepas 10 pagi, jadual penerbangan kembali seperti biasa," katanya.
Kabus tebal dan suasana sejuk menyelubungi beberapa daerah utama di negeri ini dan suhu yang dicatatkan adalah lingkungan 20 hingga 21 darjah celsius seawal jam 7.30 pagi tadi.
Keadaan tersebut juga memaksa penggunaan jalan raya memasang lampu kenderaan masing-masing bagi memudahkan penglihatan.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 11 Mac 2016
No comments:
Post a Comment