Thursday, January 28, 2010

27-01-2010: Perdana Menteri lawat Melaka 4 Februari, rasmi LTAM

ARKIB : 27/01/2010
Perdana Menteri lawat Melaka 4 Februari, rasmi LTAM

MELAKA 27 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Melaka pada 4 Februari, dengan antara programnya ialah merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, LTAM bernilai RM190 juta, yang mempunyai terminal baru dengan kapasiti maksimum 1.5 juta penumpang setahun, disasarkan oleh sebagai hab lapangan terbang pelancongan kesihatan.

"Selepas perasmian LTAM, Najib akan mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa Barisan Nasional (BN) di Seri Bendahara, Ayer Keroh pada tengah hari,” katanya kepada pemberita di Seri Negeri di sini hari ini.

Pada lawatan itu, Najib dijadual melawat projek pembangunan nelayan, di jeti Pantai Siring, Merlimau dan melakukan tinjauan mesra di pusat Bandar Raya Melaka di kawasan Kampus Bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Jalan Tun Ali, gerai penjaja, Kampung Morten, Sungai Melaka dan Jonker Walk.

Pada sebelah malam, Najib akan menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia dan merasmikan Dataran 1Malaysia di Pantai Kelebang. - Bernama

SOURCE (Sumber): Utusan Malaysia Online (Terkini): 27-01-2010

No comments:

Post a Comment