Monday, January 4, 2010

14-03-2009: Kerja-Kerja Naiktaraf Lapangan Terbang Sibu Bermula Tahun Ini

14 Mac, 2009 17:07 PM
Kerja-Kerja Naiktaraf Lapangan Terbang Sibu Bermula Tahun Ini

SIBU, 14 Mac (Bernama) -- Peruntukan awal sebanyak RM75 juta akan digunakan untuk menaiktaraf bangunan terminal Lapangan Terbang Sibu tahun ini, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Katanya jumlah peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada jumlah RM135 juta diperuntukkan bagi projek itu di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa lepas.

"Kita perlu membelanjakan peruntukan awal itu tahun ini dan kerja-kerja menaiktaraf akan bermula sebaik sahaja tender ditawarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lau, yang juga Ahli Parlimen Sibu, berkata Lapangan Terbang Sibu akan menjadi mesra penumpang dengan keluasan ditambah tiga kali ganda daripada keluasan lantai 6,300 meter persegi ketika ini.

Menurut statistik Malaysian Airport Berhad, lapangan terbang tersebut telah mengendalikan 809,955 penumpang dengan 15,536 penerbangan pada 2007.

SOURCE (Sumber): Bernama: 14-03-2009

No comments:

Post a Comment