Tuesday, May 12, 2015

Malindo Air tamatkan laluan Kota Bharu - Ipoh mulai 30 Mei 2015

SYARIKAT penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) akan menamatkan perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Ipoh berkuat kuasa pada 30 Mei ini. 

Perkhidmatan penerbangan terus ini telah dilancarkan secara rasmi pada 14 Februari lepas dengan perkhidmatan penerbangan sulung bagi kedua-dua hala. 

Namun begitu, perkhidmatan penerbangan berjadual dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu telah ditangguhkan kepada 3 Mac disebabkan kekurangan permintaan daripada penumpang. 

Penerbangan terakhir OD1725 dari Ipoh ke Kota Bharu dan OD1726 Kota Bharu ke Ipoh dijadualkan pada 28 Mei ini. 

Dengan penamatan laluan ini, Malindo Air diharap dapat menimbangkan laluan-laluan domestik lain dari Kota Bharu terutamanya Kota Bharu - Pulau Langkawi dan Kota Bharu - Alor Setar

1 comment:

  1. Mohon dapat menimbangkan laluan kuala terengganu - ipoh

    ReplyDelete