Thursday, May 14, 2015

MAS biayai tiket kanak-kanak pesakit hati untuk rawatan di China

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) telah membantu seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, yang mengidap penyakit hati dan keluarganya untuk pergi ke China bagi mendapatkan rawatan perubatan segera.

MAS dalam kenyataannya berkata kanak-kanak itu, Raef Uqael mengidap peringkat akhir penyakit itu dan akan menjalani transplan hati di sebuah hospital di Shanghai dengan bapanya sebagai penderma organ.

Raef berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.40 pagi, 7 Mei lepas dan tiba di Shanghai pada pukul 7 pagi, hari yang sama.

Menurut kenyataan itu, kanak-kanak itu dijangka kembali ke Kuala Lumpurn pada Ogos ini.

Syarikat penerbangan itu membiayai tiket penerbangan kanak-kanak serta ibu bapanya, manakala menawarkan tambang diskaun kepada anggota keluarga yang mengiringi kanak-kanak itu.
 
Sumber: mStar Online | 14 Mei 2015

No comments:

Post a Comment