SYARIKAT penerbangan Flymojo yang diuruskan Fly Mojo Sdn. Bhd. (Fly Mojo) dijangka dapat memulakan operasi komersial pada awal tahun depan.
Pada Mac lepas, Fly Mojo telah memuktamadkan pembelian 20 buah pesawat jenis CS100 keluaran Bombardier Commercial Aircraft, iaitu sebuah syarikat pembinaan kapal terbang yang berpangkalan di Kanada.
Pesawat jenis CS100 ini mempunyai kapasiti tempat duduk antara 100 - 149 dan amat sesuai untuk penerbangan domestik dan serantau.
Mengikut perancangan Fly Mojo, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (SIA), Johor Bahru, Johor akan menjadi hab operasi utamanya, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan menjadi hab sekundernya.
Dalam pada itu, terdapat ura-ura mengatakan bahawa Flymojo turut berminat untuk beroperasi dari atau ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan, iaitu lapangan terbang tersibuk di Pantai Timur.
Sekiranya Flymojo turut beroperasi dari atau ke LTSIP nanti, Flymojo akan menjadi syarikat penerbangan kelima yang beroperasi di LTSIP selepas Penerbangan Malaysia (MAS), AirAsia, Firefly, dan Malindo Air.
No comments:
Post a Comment