KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Firefly bakal merintis laluan baharu yang melibatkan laluan Kota Bharu - Pulau Langkawi mulai 27 Oktober ini.
Penerbangan terus dengan kekerapan tiga kali seminggu ini ditawarkan pada setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu dengan menggunakan pesawat jenis ATR72-500/600 dengan kapasiti 72 orang penumpang dalam satu-satu penerbangan.

Penerbangan FY2291 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 11:30 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada jam 12:55, manakala penerbangan FY2290 dari Pulau Langkawi ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 13:30 dan dijadualkan tiba di LTSIP pada jam 14:50.
Perkhidmatan penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira 80 - 85 minit sahaja. Pembukaan laluan domestik ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Kelantan dan Pulau Langkawi tetapi juga penduduk Perlis dan Terengganu serta wilayah Narathiwat di Selatan Thailand.
Ia juga akan memberi manfaat kepada pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya dari Pulau Langkawi untuk ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang dan sebaliknya melalui LTSIP.
Tiket penerbangan telah mula dijual secara tidak rasmi mulai lewat petang semalam (25 Ogos 2015), manakala kempen jualan tiket secara rasmi dijangka bermula dalam tempoh terdekat ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my.
Sumber: Blog Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com
Nota: Mana-mana artikel yang diterbitkan di laman blog ini tidak dibenarkan disalin dan ditampal (copy & paste) di mana-mana laman blog, Facebook, 'thread' seperti Skyscrapercity.com, dan sebagainya tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pengendali laman blog ini terlebih dahulu. Kami memohon agar semua pihak menghormati hasil kerja penulisan orang lain dengan tidak menciplaknya sesuka hati. Jika kita tahu menghormati hak orang lain, sudah pastinya orang lain juga akan menghormati kita.

No comments:
Post a Comment