Sunday, August 16, 2015

LTSIP kendali 6 penerbangan haji secara transit terus ke Jeddah/Madinah melalui KLIA tahun ini

Jadual penerbangan haji secara transit terus dari Kota Bharu ke Jeddah/Madinah melalui KLIA. 
KOTA BHARU: Seramai 960 orang jemaah haji dari Kelantan pada tahun ini akan berlepas ke Tanah Suci Makkah melalui enam penerbangan secara transit terus (direct transit) dari Kota Bharu - Kuala Lumpur - Jeddah/Madinah, iaitu menggunakan kod penerbangan haji yang sama dari Kota Bharu sehingga ke Jeddah/ Madinah. 

Semua jemaah haji yang terlibat perlu melaporkan diri di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang terletak di Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji, Kota Bharu, Kelantan, sebelum mereka dibawa dengan bas ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) untuk penerbangan ke Jeddah/Madinah. 

Penerbangan haji secara transit terus ini bermula 16 Ogos sehingga 3 September ini dan Kerajaan Negeri Kelantan telah menyumbang sebanyak RM230.000.00 untuk menjayakan perkhidmatan penerbangan haji secara transit terus ini untuk kemudahan jemaah haji Kelantan. 

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang menjadi kompleks haji Kelantan mulai tahun ini. 
Penerbangan pertama jemaah haji Kelantan dijadualkan pada jam 13:00 (16 Ogos) dengan penerbangan MH8660 (KT03B) dari Kota Bharu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala penerbangan dari KLIA ke Jeddah/Madinah pula melalui penerbangan pada jam 16:30 pada hari yang sama dengan penerbangan MH8002 (KT03B) dengan Malaysia Airlines. 

Penerbangan terakhir dari Kota Bharu ke Jeddah/Madinah pada 3 September pula akan berlepas dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur pada jam 09:00 melalui penerbangan MH8662 (KT37B) dan MH8050 (KT37B) dari Kuala Lumpur ke Jeddah/Madinah pada hari yang sama. 

Berikut merupakan jadual penerbangan haji dari LTSIP:- 
  1. 16 Ogos 2015 - KT03B (MH8660 & MH8002): 13:00 (berlepas dari LTSIP)
  2. 19 Ogos 2015 - KT13B (MH8662 & MH8012): 13:00
  3. 24 Ogos 2015 - KT19B (MH8662 & MH8024): 09:00
  4. 25 Ogos 2015 - KT22B (MH8662 & MH8028): 13:00
  5. 02 Sept. 2015 - KT36B (MH8660 & MH8048): 13:00
  6. 03 Sept. 2015 - KT37B (MH8662 & MH8050): 09:00 
Sumber: Blog Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com 

Nota: Semua artikel daripada laman blog ini tidak dibenarkan sama sekali diterbitkan semula melalui kaedah salin dan tampal (copy & paste) di mana-mana laman sosial lain termasuk laman Skyscraperscity.com, Facebook, blog, dan sebagainya. Hormatilah hasil kerja orang lain dan hentikan budaya salin dan tampal tanpa kebenaran.

No comments:

Post a Comment