Thursday, August 20, 2015

Malindo Air gantung laluan KB - P.Pinang dan KB - Melaka berkuat kuasa 1 Okt ini

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malindo Air akan menggantung laluan Kota Bharu - Pulau Pinang dan Kota Bharu - Melaka berkuat kuasa 1 Oktober ini. 

Penerbangan terakhir bagi kedua-dua laluan ini adalah pada 30 September 2015 (Rabu). Perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dan sebaliknya telah diperkenal oleh syarikat penerbangan ini sejak Februari 2014. 

Laluan Kota Bharu - Melaka pula telah diperkenalkan sejak 21 November tahun lepas dan nampaknya hanya mampu bertahan kira-kira 10 bulan sahaja. 

Penggantungan laluan ini dijangka tidak akan memberi masalah kepada penumpang yang melibatkan laluan Kota Bharu - Pulau Pinang kerana syarikat penerbangan Firefly masih menawarkan perkhidmatan bagi laluan ini berbanding laluan Kota Bharu - Melaka yang hanya ditawarkan Malindo Air. 

Syarikat penerbangan Firefly melalui hab sekundernya di Kota Bharu mungkin boleh memperkenalkan laluan Kota Bharu - Melaka dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu setelah Malindo Air menggantung laluan ini. 

Sumber: Blog Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

No comments:

Post a Comment