Thursday, August 20, 2015

Keltrec sokong cadangan bina lapangan terbang baharu di Kelantan

SHAH ALAM: Majlis Perdagangan dan Ekonomi Kelantan (Keltrec) hari ini menyambut baik cadangan kerajaan negeri untuk membina lapangan terbang baharu di Sungai Bagan, Machang, Kelantan.

Pengerusinya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dalam satu kenyataan menyifatkan, cadangan itu sebagai usaha yang bertepatan dengan dengan hasrat warga perniagaan yang mahu melihat adanya pemutar ekonomi baharu bagi memangkin pertumbuhan ekonomi negeri. 

"Pemilihan lokasi yang luas ini juga amat tepat kerana kemudahan rundingan dengan pemilik tunggal estet Sungai Bagan yang mudah berbanding dengan pengambilan tanah yang biasa dibuat oleh kerajaan negeri melibatkan jumlah pemilik yang ramai dan mengambil masa yang lama," katanya. 

Keltrec adalah sebuah NGO yang ditubuhkan pada 2013 untuk menyokong dan memantau kegiatan ekonomi di Kelantan Kelantan.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, cadangan itu dibuat kerana tanah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa tidak mampu bagi menjalankan kerja-kerja pembesaran landasan khususnya bagi pendaratan kapal-kapal besar.

Ia juga dicadangkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan termasuk mengadakan penerbangan haji terus ke Jeddah.

Susulan itu katanya, Kelantan Kelantan telah pun mengutuskan surat cadangan tersebut kepada kerajaan persekutuan selepas mendapat persetujuan mesyuarat Exco baru- baru ini.

Katanya, dengan landasan yang luas, ia membolehkan lapangan terbang tersebut boleh beroperasi sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa termasuk membuat penerbangan jemaah haji terus ke Jeddah.

Sumber: Sinar Harian | 20 Ogos 2015

No comments:

Post a Comment